Life is the flower

 

 

 

 

 

“Don’t try to force anything.   Let life be a deep let-go.  See [God/Spirit/All That Is] opening millions of flowers every day without forcing the buds.” -  Bhagwan Shree Rayneesh  

Tag Search:
Comments: Leave a Comment

What do I Want?

 

 

 

Gambar aiskrim ni diambil selepas shopping di Bugis Street, Singapore. Tak ingat nama kedai, sebab dah lebih setahun. Best, buat saya rindu dengan aiskrim di sana :D

Comments: Leave a Comment

Tradisi Balian

Berkunjung ke rumah panjang di Batu Niah, kira-kira 110 km dari Miri baru-baru ini, menemukan penulis dengan manang atau bomoh yang pakar dalam rawatan tradisional.

Bagi masyarakat Iban yang masih berpegang kepada tradisi atau ‘pengarap’ lama, mereka sentiasa mengaitkan penyakit yang tidak diketahui puncanya dengan gangguan roh atau semangat.

Mereka percaya, semangat itu hilang daripada jasad ataupun diganggu oleh hantu-hantu jahat sama ada di dunia ataupun tempat tinggal roh leluhur.

Manang Jugah menunjukkan batu ilau

Namun pertemuan penulis dengan manang yang dikenali dengan Manang Jugah atau Manang Ujan, bukan untuk upacara balian, namun sekadar mengumpul bahan untuk tulisan.

Lagipun, kali terakhir penulis menyaksikan upacara balian diadakan ialah kira-kira 28 tahun yang lalu, ketika masih kecil. Rasa bertuah kerana dapat menyaksikan upacara tersebut, tambahan pula datuk (moyang) saya adalah seorang lemambang (penyair) yang hebat sekitar 1930.

Berbalik kepada pertemuan dengan Jugah, banyak yang saya pelajari. Walaupun saya sendiri berbangsa Iban, namun keluarga saya sejak saya lahir sudah menganut agama Kristian. Jadi saya tidak pernah mengalami sendiri upacara balian dilakukan, kecuali melihat ia dilakukan terhadap saudara-mara dan orang kampung.

Saya masih ingat, waktu berusia antara 7 hingga 8 tahun, saya sering mengintip dari jendela (kebetulan menghadap ruai) tempat dimana balian diadakan. Pada masa itu, emak saya sangat garang sehingga tidak membenarkan saya untuk ikut serta dalam upacara. Katanya, upacara itu tidak sesuai untuk kanak-kanak perempuan, tambahan pula ia diadakan sehingga lewat malam bergantung kepada situasi pesakit itu. Kadang-kadang, upacara itu diadakan mulai pukul 8 malam hingga berlarutan ke subuh. Masih terngiang-ngiang di telinga saya, mantera yang dibaca, dalam bahasa Iban yang begitu dalam, tidak difahami oleh akal saya ketika itu.

Menurut Jugah, jika sesorang itu sakit berpanjangan dan tidak sembuh walaupun sudah dirawat menggunakan perubatan moden, maka upacara pengubatan tradisional yang dinamakan ‘balian’ akan digunakan sebagai alternatif untuk memulihkan pesakit.

“Setelah beratus-ratus tahun diamalkan, upacara balian kini bukan sekadar untuk mengubati penyakit, malah ia dipelbagaikan mengikut jenis penyakit dan situasi yang dihadapi.”

Tulang, halia dan batu yang dipercayai mampu menyembuhkan penyakit yang tidak dapat dirawat menggunakan perubatan moden.

Antaranya, balian beruwa dan kerembai bungai untuk mengubati kanak-kanak yang lambat membesar dan sering sakit, balian mimpi untuk mereka yang mendapat mimpi buruk, bebunuh buyu (membunuh hantu yang menggangu pesakit), beserara bungai (untuk memisahkan roh si mati dengan ahli keluarga yang masih hidup) dan upacara betimba untuk memulihkan manang atau dukun dan lemambang (penyair).

“Sekitar tahun 1970 hingga 1990, upacara ritual ini dilakukan dengan meluas terutama di rumah panjang yang terletak jauh di pedalaman dan tiada kemudahan perubatan,” katanya.

Menurut Jugah yang masih bergiat aktif dalam rawatan tradisional itu, terdapat dua cara pemulihan semangat sama ada menggunakan manang atau lemambang, kedua-duanya dianggap mempunyai kuasa sakti kerana mampu berkomunikasi dengan kuasa halus sekaligus menyembuhkan penyakit.

“Kami mempunyai kuasa untuk menjejaki roh yang hilang dan membawanya pulang ke dunia. Caranya dengan membaca jampi namun ia berbeza daripada bahasa Iban yang dituturkan seharian dan hanya difahami oleh kami,” katanya.

Ujar Jugah, oleh kerana balian merupakan upacara yang dianggap suci, maka jampi harus disebut dan dibaca mengikut urutan yang betul, jika tidak balian tersebut dianggap tidak mujarab.

Engkarabun, sejenis azimat untuk melindungi pemakai daripada kuasa jahat semasa berjalan di dalam hutan

Balian dilaksanakan mengikut peringkat tertentu dan caranya mungkin berbeza di setiap rumah panjang.

Antara peralatan yang digunakan ialah sejenis batu kristal atau batu ilau dalam bahasa orang Iban yang berfungsi untuk mengesan kedudukan roh si pesakit.

pua kumbu adalah simbol kepada perisai

Selain itu, beberapa batu atau tumbuhan yang dipercayai boleh merawat si pesakit serta sehelai kain tenunan atau pua kumbu untuk manang menutup badannya semasa proses rawatan.

Seperti upacara ritual yang lain, terdapat beberapa pantang larang perlu dipatuhi semasa dan selepas balian

“Pesakit tidak dibenarkan memakan, memotong atau menyentuh sebarang tumbuhan seperti cendawan, buluh, sayur-sayuran bunga. Ia dipercayai menyebabkan rawatan tidak berkesan,” kata Jugah.

Selain itu, orang dari tempat lain selain penduduk rumah panjang juga dilarang masuk ke dalam rumah si pesakit dan pantang itu berterusan antara tiga hingga tujuh hari bergantung kepada upacara balian.

Ditanya mengenai upah seorang manang dan lemambang, Jugah berkata mereka menerima tajau kecil, parang, pinggan seramik, pua kumbu atau kain belacu selain wang tunai RM35.

Sekiranya tiada tajau, ia boleh diganti dengan kain belacu namun upahnya dinaikkan ke RM40.

Hari ini, tradisi balian masih diteruskan di beberapa rumah panjang namun ia tidak lagi meluas berbanding dua dekad yang lalu.

Menurut Jugah, walaupun tradisi itu masih diterima, namun dia menyedari suatu hari nanti ia akan pupus ditelan zaman.

“Sukar untuk menemukan generasi muda yang mahu mewarisi kemahiran berubat menggunakan balian. Tambahan pula, jumlah manang dan lemambang kini sudah semakin berkurangan.”

“Mereka yang tinggal kini kebanyakkan mencapai usia lewat 80 dan tidak mempunyai gigi menyebabkan sebutan jampi atau mantera tidak lagi tepat,” katanya yang masih giat membuat rawatan balian di sekitar Niah, Miri, Bintulu dan Baram.

 “Bagi generasi muda Iban, sesuatu yang merugikan sekiranya tradisi warisan nenek-moyang ini tidak dipelihara sebaliknya terus lenyap dan dilupakan begitu sahaja,” kata Jugah mengakhiri perbualan.

Comments: Leave a Comment

Makan 2

Tengah hari tadi, meluangkan masa merasa hidangan Hari Ibu di Citrus Restaurant . Terima kasih kepada Kelvin kerana jemput saya dan teman media yang lain. Promosi set makan malam ni untuk 12 dan 13 Mei nanti. Saya kongsikan dua gambar starter dan desert yang sedapp..

 

udang segar dengan salad di dalamnya..

 

desert yang enak

 

Saya juga suka menikmati ABC/Cendol, rojak dan cucur di Sin Wan Delight&Cold Drink Centre di Jalan Bintang. Tempat ni sangat popular dan selalu penuh dengan pelanggan. kat bawah ni, saya share hidangan yang paling saya gemar..

ABC, Special.....

Rojak sotong kangkung

cucur udang, keladi dan tauhu..sangat sedap

 

 

Tag Search: ,
Comments: Leave a Comment

makan…

Minggu yang sibuk. Lega. Kelas dah habis, boleh fokuskan dengan benda-benda lain. Traveling, saya suka. Hujung bulan ni terbang lagi. Tapi traveling masa pregnant ni, agak mencabar juga. Sekarang ni selera makan bertambah, jadi faham-fahamlah.

mee tikus

 mee ni digelar mee tikus, sebab bentuk mee macam ekor tikus..:D

burger

burger hangus bukan pilihan, tetapi sekali sekala sedap jugak..

Tag Search: ,
Comments: Leave a Comment

Eropah 2011 Tripline

Ramai kawan-kawan bertanyakan mengenai trip saya ke Eropah tempoh hari, maka saya sediakan tripline perjalanan saya kat blog ni. Saya pergi ke tiga negara iaitu Jerman, Perancis dan Itali. Saya banyak menghabiskan masa di Stuttgart, Jerman iaitu selama 9 hari manakala empat hari lagi masing-masing di Paris dan Rome. Okay, tak pernah seumur hidup saya mengembara hampir tiga minggu, tiada rehat, tiada henti, kecuali berhenti masa tidur dan makan. Kebanyakkan tempat terutama di Paris dan Stuttgart, saya mengembara sendiri dan hanya beberapa hari saya ditemani oleh teman baik di Jerman dan Rome. Mengembara sendiri memberi kepuasan yang begitu bermakna, kerana saya memang sukakan cabaran. Saya berada di Eropah selama 17 hari, campur dengan Kuala Lumpur, total 21 hari. Dari penerbangan selama 36 jam tidak termasuk menggunakan kereta, kereta api, bot, bas, meletihkan namun saya berpuas hati.
Ada kawan tanya, berapa puluh ribu saya belanjakan untuk trip ke sana, saya tersenyum. Sebenarnya tidaklah sebanyak itu. Saya melancong secara bajet dan buat persiapan kira-kira setahun lebih untuk kumpul duit. Antara tips saya:
1) Beli tiket kapal terbang beberapa bulan lebih awal.
2) Untuk jimat, pilih waktu yang sesuai, spring dan autumn lebih murah berbanding musim summer (tips dari kawan traveler)
3) Booking hotel sekurang-kurang 2 bulan lebih awal
4) Jika traveling menggunakan kereta api (cth dari Jerman ke Paris), booking sekurang-kurangnya 2-3 bulan juga.
5) Jangan bawa banyak beg kerana ia akan membebankan. Ingat, anda akan menggunakan pelbagai pengangkutan, kereta, kapal terbang, bas dan kereta api.
6) Bawa pocket money secukupnya. Rancang perbelanjaan harian dengan teliti sepanjang berada di sana. Sebagai contoh, tetapkan 50 Euro atau 70 Euro dalam sehari untuk makan, tiket bas/kereta api dan sebagainya (lagi kurang lagi bagus), dan jangan belanjakan habis. Ini tidak termasuk bayaran hotel.
8) Saya lebih suka menggunakan meps untuk keluarkan wang, jadi tak payah bawa/tukar duit banyak. jangan sesekali tukar di airport kerana caj yang potong leher.
7) Jika anda journalist, bawa kad media bersama. Di beberapa tempat di Jerman, seperti Muzium Porsche dan Mercedez Benz, anda diberi masuk percuma, jimat kira-kira 30 Euro.
8) Untuk makan pula, saya suka menikmati makanan berat pada waktu tengah hari manakala malam, gantikan dengan roti, kek atau makanan segera seperti McDonald kerana harganya jauh lebih murah.
9) Banyakkan berjalan kaki, sebagai contoh di Paris. Bukan sahaja cuacanya nyaman dan dingin, anda dapat menikmati pemandangan dan melihat gelagat manusia tanpa perlu mengeluarkan wang.
10) Jangan segan bertanya dan minta pertolongan jika sesat.
11) Setiap tempat atau negara ada keistimewaan tersendiri. Nikmatilah trip anda sepenuhnya dan fikir positif.

Comments: Leave a Comment

Vatican ~ a life time travel

barisan diluar Vatican City/St.Peter Square/view blok pentadbiran Vatican/view dari atas bangunan/dalam bangunan gerejaSt. Peter Basilica/hasil seni dan lukisan yang menakjubkan/Pietà Chapel/lukisan di lantai/Pope John Paul II / St.Peter statue/Mother Mary statue/lukisan Mother Mary di muzium Vatican

Tujuh bulan sudah berlalu, namun kenangan melawat Vatican City takkan dilupakan sepanjang hayat. Sebelum ini hanya mampu memasang angan-angan untuk ke sana, akhirnya Tuhan memberikan rezeki. Bersyukur dan Puji Tuhan kerana memberkati perjalananku. Kadang-kadang seperti tidak percaya sudah ke sana, namun itulah mimpi yang  menjadi kenyataan. Praise To Lord. Wish your dream come true :D

 

Tag Search:
Comments: Leave a Comment

I want…

 

Growing up, I never gave a thought to being a writer. All I ever wanted to be was a traveler and explorer – Alan Dean Foster

THINGS I WANT
Vietnam
New Platform shoes from FP
Ticket to concert
Pavement cafe’s in Paris
Fresh air
New dresses from NG
Iphone
Gelatos caramel
THE BEST FEELING IN THE WORLD
Hug and kisses
Shopping
Travel with my family
Wear new clothes
Doing nothing, once in a while

Wake up with a smile and go after life…. Live it, enjoy it, taste it, smell it, feel it. ~ Joe Knapp

 

Comments: Leave a Comment

Ada aku kisah..?

Aku selalu mengingatkan diri sendiri, jangan dengki dan busuk hati dengan orang . Jangan berprasangka buruk dan menilai orang lain, tengok diri sendiri sebelum menceritakan keburukan orang. Namun kadang-kadang, manusia ni tak pandai belajar dari kesilapan.Ada orang ni macam tak reti nak uruskan kehidupan sendiri. Terlalu banyak masa dibuang dengan mengorek rahsia orang lain, jaga tepi kain orang lain dan terlalu ambil berat hal peribadi orang lain. Peringatan ku kepada Mr. Know It All di luar tu – get a life and mind your own business! Tapi kita tak boleh ambik hati sangat dengan orang macam ni. Aku sebenarnya,  suka kalau orang itu cemburu dan dengki dengan apa yang aku nikmati hari ini. Maksudnya hidup aku lebih baik dari dia. Sebab, orang yang baik hati takkan dengki dengan kejayaan dan kebahagian orang lain. Semakin tinggi tahap kedengkian dan cemburu, semakin aku suka. Bukan aku nak sombong, tapi aku  takkan buang masa bersedih, paling penting aku tahu apa yang terbaik. Bila cerita pasal dengki dan cemburu ni, teringatlah cerita kawan lama, pasangan suami isteri, yang memang expert dalam menjaga tepi kain orang dan memburukkan insan lain. Mengata orang bukan main, tapi siapa yang tak tahu si suami tu ceraikan isteri lama dan tinggalkan anak, untuk kahwin dengan isteri baru. Isteri baru tu pun tak segan, berskandal dengan suami orang sampai si isteri terjumpa di hotel berdua-duaan..? Moral of the story, orang dah tahu temberang/ cerita, so tak payahlah nak mengada-gada menceritakan keburukan orang untuk menutup cerita diri sendiri yang kureng enak tu.  Bestkan, lepas tu sampai sekarang  dengar perangai suami isteri masih tak berubah. Ada juga kawan cerita, si suami tu ada skandal dengan perempuan lain. Lantak dia oranglah. Laa..macam mulut muncung bisa dah aku ni.

Sebenarnya, aku tak kisah pun apa berlaku dengan mereka. Not my business apa..I learnt my lesson. Jangan dengki dan busuk hati dengan orang lain. Jangan buang masa nak tahu hal orang lain yang takda kaitan dengan hidup. Hargailah apa yang ada dan bergerak ke hadapan untuk maju. Kalau hati berulat dan penuh benci, sesiapa pun tak dapat tolong!

Okay tukar siaran, aku suka sangatlah dengan shades baru ni, baru dapat dua hari lalu dari Nastygal. Susah nak beli shades, sebab jarang jumpa yang berkenaan. tengok ni dekat online terus beli.

Janis Shades - Nasty Gal

Lagi satu, aku dah tinggalkan jeans, skinny jeans dan sewaktu dengannya, sebab tak muat. nasiblah, banyak beli skirt yang dibeli last year (belum pernah pakai). Kongsi kat sini skirt yang aku paling suka …roses skirt.

roses skirt - Chicwish

 

Comments: Leave a Comment

susu masam!

Sebenarnya kan, saya tak berapa suka plain yogurt, sebab rasanya masam semacam. Masalahnya, benda ni baik dan bagus untuk preggy macam saya. Untuk menyedapkan rasa, saya tambah aprikot kering dan buah pisang, kalau ada anggur lagi sedap. Saya belajar teknik campuran ni masa breakfast dengan kawan saya Nina di Jerman tahun lepas. Masa tu emak mentua dia  setiap pagi hidangkan plain  yogurt, sampai muka saya kelat masa nak telan. Gambar ni saya ambil gunakan handphone Nokia N8, lepas tu edit pakai Sophie Cam. Saya rasa nak mengidam Iphone pulak lepas ni :D

plain yogurt boleh dibeli dimana-mana supermarket

aprikot dan buah pisang

dah campur baru nampak sedap lagi

Comments: Leave a Comment